Khir Toyo “B” dipetik sebagai berkata: “Mereka marah-marah…tapi saya tak ada pilihan. Ini satu tugas yang perlu dilakukan. Lagi pun itu tanah orang. Cuba letakkan diri anda sebagai pemilik tanah itu…
Ironiknya si “B” ini tidak menyatakan cara bagaimana tanah tersebut didapati oleh Pemaju Permodalan Nasional Selangor Berhad (PNSB) dan Perspektif Masa Sdn.Bhd (Perspektif masa). Permohonan tanah oleh kedua-dua organisasi ini dilakukan secara memfailkan permohonan sebelah pihak tanpa perbicaraan penuh (full trial) di mahkamah.
Dengan sewenang-wenang mereka mendapatkan hak, kemudian menggunakan “anjing mesra penternak babi Melaka” untuk melanyak penduduk kampung hingga ada yang masuk ICU. Roboh tetap roboh, rintih terus merintih. Ada juga babak di mana pelakon tambahan dari JAIS mengecam penduduk ketika mereka mempertahankan antara binaan terakhir di dalam kampung iaitu Surau Kampung Berembang.
Dengan muka tak tahu malu pada 4 Disember, si MB “B” datang merasmikan acara pecah tanah di tapak pembinaan Kampung Berembang. MB “B” kononnya berjanji mempertimbangkan tuntutan rumah di Projek Perumahan Berembang Indah yang bernilai RM40,000.00. Lucunya. Siapa yang sepatutnya menuntut dan siapa yang wajar dituntut? Ketika hari perasmian tapak, penduduk berdemonstrasi di pintu masuk projek berdekatan Hospital Gleneagles. MB “B” malu-malu dan menyorok-nyorok masuk ikut pintu belakang kawasan projek. Takutkah berhadapan dengan rakyat? Kecilnya jiwa tak layak digelar pemimpin.
14 Disember 2007 melakar calar di muka MB “B” yang tak sadar diri betapa buruknya corak pentadbiran yang didakwa efisyen. Andai kes Kampung Berembang diperhalusi secara adil sejak awal lagi maka tidaklah perlu penduduk Kampung Berembang yang majoritinya Melayu menjadi bak TIMUN DIGOLEK DURIAN.
***********************************
BEREMBANG EVICTION ILLEGAL:
DEVELOPERS TOLD TO PAY DAMAGES
Shah Alam High Court, 14 December 2007
At 10.45 am, Justice Datuk Mariana gave a judgment at chambers in giving the Kampung Berembang villagers a 3-0 victory over the developer. The news of the victory was announced by Edward Saw to the villagers outside the court which brought applauses, joy and a victory long overdue.
The Judgment dismissed the developers the right to vacant possession as the court felt there were tribal issues to be heard and they were told to pay cost. The Court further ruled that the ex-parte injunction was executed wrongly where the developer demolished and forcefully evicted the villagers. This act was seen as illegal and the court told the developer to pay damages as well as cost. The amount will have to assessed and paid. The villagers were represented by Edward Saw, K.Shanmuga and Amer Hamzah.
************************************************************************
KUALA LUMPUR, 14 Dis – Setelah berhadapan dengan pelbagai keperitan dan kesakitan, penduduk Kampung Berembang, Ampang akhirnya menang dalam kes yang menentukan pemilikan tanah di kampung berkenaan.
Mahkamah Tinggi Shah Alam yang menolak permohonan pemaju, Perspektif Masa Sdn Bhd untuk mendapatkan pemilikan kekal kawasan kampung itu, bagaimanapun menyatakan satu perbicaraan penuh perlu diadakan, jika pemaju berkenaan masih mahu menuntut pemilikan kawasan tersebut.
PMSB yang memperoleh perintah mahkamah sebelah pihak pada 27 Februari lalu untuk mengosongkan tanah tersebut, diisytiharkan tidak sah dan dibatalkan dengan kos.
Pada masa sama, Pesuruhjaya Kehakiman, Mariana Yahya juga mengarahkan PMSB membayar gantirugi dan kos-kos lain yang terbabit akibat kerja-kerja merobohkan rumah penduduk yang dilakukan bermula 20 November tahun lalu.
Sebelum ini, PNSB bertindak memohon untuk mendapatkan pemilikan tanah tanpa perlu mendengar perbicaraan penuh.
Di samping hak milik tanah tersebut, PMSB juga memohon perintah mahkamah untuk menghalang para defenden daripada mengganggu kerja-kerja pembangunan yang dijalankan di Kampung Berembang.
Berikutan keputusan itu, keadaan status tanah tersebut kembali kepada status awal sebelum kerja-kerja perobohan itu dilakukan.
Pada 20 November 2006, rumah penduduk dirobohkan pihak berkuasa tempatan, MPAJ yang kemudiannya dibantu pasukan Rela dan FRU apabila penduduk bertindak menghalang mereka (pihak berkuasa) merobohkan kediaman penduduk.
******************************************************************
PESANAN UNTUK KHIR TOYO “B”:
KINI GILIRAN TIMUN MENGGOLEK TEMPOYAK.
kat dunia dia dah kalahkat akhirat NERAKA la balasannyamoga cpt2 insaf!