Intro
Semua orang terlibat dengan kerja. Bercakap tentang kerja memang bahaya sebab ramai orang akan jadi sensitif, defensif dan meletakkan diri dalam mode “denial”. Cari kerja perkara sensitif
Tukar kerja isu sensitif. Benci kerja topik sensitif. Kerja banyak tak membunuh diri, tapi mengancam famili. Oleh itu aku tak mahu berbincang tentang kerja. Aku nak bincang tentang “pekerja”
Sub-topik
Semua orang pandai. Semua orang bijak.
Jadi semua orang tahu atau fikir mereka tahu apakah yang dikatakan “pekerja yang cemerlang, terbilang dan melintang”. Jadi, yang ini pun aku tak nak bincangkan.
Hari ini aku nak bincangkan perkara yang paling teruk dalam alam pekerjaan iaitu PEKERJA YANG TERUK. Dan ketahuilah bahawa pekerja yang paling teruk ialah pekerja yang TAK KENAL BOSSNYA.
Cuba la bayangkan, boss lalu depan mata dia tak kenal, bos bagi dia kerja dia tak buat, boss bagi dia gaji, orang lain pulak yang dia puji. Dan lebih teruk dari itu orang lain pulak dia sangka boss. Lepas tu dia jadi bossy pulak. Boss mana yang tak marah dengan orang macam ni?
Lari dari topik asal
Begitu juga Allah SWT
Mana Allah tak marah,
Allah yang bagi rezeki, orang lain yang kita puji, paymaster hebat yang kita puja-puji,
Allah yang jamin keselamatan, polis juga yang kita cari, pakej keselamatan juga yang kita beli (iklan kata 100% jaminan keselamatan; online 24 jam dengan pejabat polis). Polis pun tidur, berak-kencing.
Allah yang jamin ketenangan, “otak bertaraf degree” kita juga yang kita yakini. Tapi mungkin ok lagilah kot…tak macam aku… mencari ketenangan dengan menonton TV sampai dinihari…heh!
Allah “lalu-lalang” hari-hari depan kita bagi “signal”, kita pula tak nampak-nampak atau buat-buat tak nampak.
Diri manusia ini ada dua. Diri yang BERDIRI (jasad) dan diri YANG TERPERI (roh).
Apa tanda diri yang berdiri bermasalah?
Semua orang tahu…bila diri itu sakit, lemah, longlai dan comot.
Apa tanda bila DIRI TERPERI sedang menjerit menderita ?
a. Bila buat apa pun cuma tenang sekejap,
b. Tunggang-tonggek sembahyang, tapi keluhan tak berhenti dan dahi berkerut.
c. Bila makan roti mahal beli kat Bread Story, kita fikirkan kerasnya kerak lebih dari manisnya jem roti tersebut.
Dah jadi topik lain?
Apa Nak Buat?
1. Solat taubat
2. Solat taubat
3. Solat taubat.
4. Mengaku depan tuhan, aku pekerja kau boss
5. Mengaku depan tuhan, aku buta, tolong tunjukkan
6. Minta pertolongan Allah
7. Dengan hati yang rendah
8. Dengan hati yang redha
9. Cuba hidup dengan 15 ringgit, bukan 50 ringgit sehari (optional)
p/s: Kenapa aku menonton spongebob aku boleh gelak yang amat sungguh-sungguh sampai bini aku pun sakit hati tengok?
Leave a comment