Lagu ni aku dengar secara full semasa juara lagu..punya la aku tak pernah tahu lagu ni sampailah dah masuk final juara lagu yang aku memang sengaja tengok. Better late than never.
Disebabkan penyanyi deliver lagu ni penuh perasaan macam penyanyi nasyid maka hati aku bagai diketuk-ketuk hingga aku teringat kawan aku yang dah letih men CUBA kepada pasangan hidupnya.
Halusnya perasaan manusia tetapi bila tidak diambil tahu, maka matilah hati itu dan jadi zombie lah orang itu…kesian kawan aku…kawan aku…kesiannya kawan aku…aku cuma mampu kasihan.
Kalau kau nak layan…cari aje la dalam youtube…atau kau download dalam handphone. Pastu kau pasang aje, then masuk bilik air pura-pura mandi. Bukak air shower full blast pastu kau nangis la. Tak siapa akan dengar esakan itu dan kau sendiri tak akan sedar air mata yang mengalir kerana air shower pun jatuh sama…..so takde sesape suspect ko tengah sedih. Jangan tunjuk kesedihan di luar bilik air sebab macam aku kata…tak semua bersedia mendengar.
Cuba kau cuba
Diam bila ku cuba
Utk berbicara dengan kamu
Pernahkah kau ada
Bila ku perlu
Utk meluahkan rasa hati
Dan bila kau bersuara
Setia ku mendengar
Agar tenang kau merasa
Siapa
Sebenarnya aku padamu
Mungkin sama dengan teman lain
Yang bisa kau buat begitu
Dan bila
Tiada lagi teman bermain
Kau pulang mendapatkan aku
Itulah aku…padamu
Cuba kau cuba
Renung ke mata aku
Bila ku kaku melihatmu
Pernahkah kau ada
Bila ku perlu
Utk menyatakan rasa sakit
Dalam diri
Dan bila kau perlu
Setia ku menunggu
Agar senang kau merasa
Siapa
Sebenarnya aku padamu
Mungkin sama dengan teman lain
Yang bisa kau buat begitu
Dan bila
Tiada lagi teman bermain
Kau pulang mendapatkan aku
Itulah aku…padamu
Maafkan kerana aku tak pernah
Terlintas tuk menulis pada mu
Salahkan ku
Tak mungkin lagi aku meminta
Untuk kau mendengar..
Untuk kau melihat ke mataku
Siapa
Sebenarnya aku padamu
Mungkin sama dengan teman lain
Yang bisa kau buat begitu
Dan bila
Tiada lagi teman bermain
Kau pulang mendapatkan aku
Itulah aku…padamu
AKu turut simpati dgn kawan mu…. Sabar, that is all people can say… tapi menyampah bila kita dengar…. aku salah satu darinya… ha ha…
Sila bayar RM 19.90 per head kepada aku sebab aku dah ajar korang teknik melepaskan kesedihan dalam bilik air. hahahaha…- Dr. Pedilah Cumsure –
itu semua ujian dari Yang Maha Esa…
Salah satu sebab hidup kita bermasalah lepas satu…satu ialah kerana dosa-dosa yang tidak terampun. Dan antara dosa yang berterusan membawa rahmat ditarik dan bala turun silih berganti ialah apabila membiarkan isteri berterusan jadi derhaka dan pijak kepala suami.