Pencarian baju melayu sudah bermula.
Masa di kampung wife di Pendang kami pergi ZonRia (kedai baju). Ada la pelbagai baju melayu. Range harga dari RM 24.90 sampai RM 43.90 sepasang. Kualiti kain macam kat Kompleks PKNS Shah Alam.
Tahun ni harga siling baju Melayu di Shah Alam mencecah RM 149.00 sepasang. Biasanya mendekati minggu terakhir harga akan turun – diskaun RM 10.00.
2 tahun lepas harganya RM 129.00 sepasang. Aku kirim pada Ostat Zahid beli di Tanjung Karang, kain yang sama, jenama yang sama dan warna yang sama pada harga RM 70.00
Sekarang Ostat dah jadi orang KL. Jadi tak dapatlah aku menikmati harga gila-runtuh-macam-nak-bangkrap tu.
Mungkin aku patut pegi mydin USJ, boleh beli lagi baju melayu (top saja) berharga RM 19.90. Sampai sekarang aku suka pakai baju melayu putih tu.
Soal harga memang jadi persoalan sekarang ni. Tapi lebih menarik lagi kalau aku hapuskan terus persoalan ini, tak payah berbaju melayu baru tahun ini. Lagi senang kan??
But that is the last thing to do lah sebab wife aku kan dah tempah baju dengan anak-anak bagi ada satu tema warna perpaduan. Jadi sebagai penyokong apa saja idea perpaduan umat, haruslah aku beli juga baju Melayu tahun ni ikut tema warna tahun ini.
Ooohh…macam tau-tau aje..Petang ni kawan aku nak datang ke pejabat untuk jual baju-baju melayu baru. RM 90 sepasang. Emmm, macam mahal sikit dari Tanjung Karang, tapi dah sampai depan pintu kira murah la tu…
Baju Melayu pilihan kalbu
Kalbu terganggu tapi badan tetap berbaju
Itulah resmi insan sejak dahulu
Hati tidak sepenting baju
Tercalit kuah ia malu
Kotor hati ia buat tak tahu…
Sheik, Dan ada 4 pasang baju Melayu dalam almari. 1 masa kat UK punya, 1 kawin punya (lagi 2 kahwin punya kat rumah mak dia)and 2 masa adik aku kawin…Tahun ni dia tak nak jugak… So aku suka tengok org lelaki yang beli at least 2 tahun sekali…
ok la tu beli 2 tahun sekali.baju melayu ni satu-satunya baju yang orang beli bukan sebab nak pakai sangat tapi sebab sentimen perayaan…rasanya tak syok kalau time raya tak beli…mesti nak beli walaupun kita tahu akan end up simpan dalam lemari lepas tu
myra..cuba ko beli baju melayu kaler putih siap bersampin songket bunga penuh kat Dan..sure dia sukahati..:D
hoih anon, ko tak kesian ke rambut dan dah tinggal sikit tu. jgn mencari geruh.jgn lupa petang or mayb malam ni projek bau melayu RM 80.antibodi hang dah ok kan??? harap gitulah..
apala ko pak sheik..posa2 pun nak kutuk Dan…hensem apa rambut jarang-jarang…
srry aa…my wrong. bukan kutuk. precaution je…hahaha
Anon yg aku suspect adalah Sib, aku belasah hang satgi… Aku soka rambut Dan jarang2 sebab tak hensem org tak nak… ha ha